Followers

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS 3M




 1. Pendahuluan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
2. Panduan Pengajaran & Pembelajaran
Buku ini disediakan untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Asas 3M. Buku ini mengandungi 3 komponen iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik. Setiap Contoh mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan dan unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan dan persekitaran murid.  

Buku ini disediakan dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dan simulasi disamping menggabungjalinkan pendekatan-pendekatan pedagogi lain yang sesuai. Penerapan elemen TMK, keusahawanan serta kreativiti dan inovasi disisipkan bagi membimbing guru dalam melaksanakannya.  
Penilaian yang disediakan bagi sesuatu pengajaran adalah bersifat dianostik bagi membolehkan guru mengesan kefahaman murid. Aktiviti dan lembaran kerja yang disediakan untuk pengayaan dan pemulihan disediakan mengikut tahap kebolehan murid bagi
mencapai standard pembelajaran.

 Cadangan aktiviti yang terdapat di dalam buku ini tidak mukatamad dan guru digalakkan mengubahsuai aktiviti bersesuaian dengan
keupayaaan murid dan persekitaran. Guru juga digalakkan untuk membina modul p&p yang bersesuian dan secara tidak langsung
berpeluang mengembangkan kreativiti.
3. Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran :

 * Inkuiri
 * Analisis Tugasan
 * Belajar Melalui Bermain
 * Pengajaran Bertema
 * Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
 * Konstruktivisme
 * Multi Sensori
 * Pembelajaran Kontekstual
 * Pembelajaran Interaktif
 * Pembelajaran Koperatif
 * Simulasi
 * Pembelajaran Masteri
 * Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)



Asas 3M

6 comments:

  1. Assalammualaikum wbt.
    Tahniah. Teruskan cikgu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Taniah..kewujudannya menjadikan kita warga blogger..tak terlintas sebegini ya..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Cikgu Zulina. Begitulah ketentuan Allah, ada yang sempurna, ada yang tidak...SYUKUR, ALHAMDULILLAH...

    ReplyDelete

Free HTML Blog 4u