Followers

Warkah dari Kanak-kanak Istimewa


Panggillah kami dengan apa sahaja nama
Terencat akal atau ‘Brain Injured’
Hakikatnya kami tetap sama
Bahawa kami adalah kanak-kanak yang kurang bernasib baik

Pandanglah ibu bapa kami dengan segala simpati
Bayangkanlah derita batin yang terpaksa ditanggung!

Air mata telah kering meratapi kami
Sungguh! Betapa berat mata memandang,
Berat lagi kepala menjunjung

Bersyukurlah ibu-ibu bapa yang ampunya anak normal
Betapa bahagianya melihat mereka cerdik dan cergas
Sedangkan ibu bapa kami memikul seberat-berat beban
Memelihara anak terencat akal

Bayangkanlah derita batin ibu-ibu bapa kami
Dirundung sugul sehari ke sehari
Menyambut malam dengan segala kepiluan
Menanti siang dengan hati yang walang

Telah demikian lama kami terbiar
Diserah pada nasib dan takdir
Dipandang sekilas dengan rasa kesihan
Lalu dilupa di tengah-tengah kesibukan

Sesungguhnya banyak yang patut dilakukan
Berilah kami segala simpati
Bukan hanya sekadar ucapan ‘kesihan’

Berilah kami tenaga dan masa
Berilah kami fikiran dan perangsang
Berilah kami harapan dan keyakinan  

Sesungguhnya....
Dengan kemajuan Sains dan Teknologi
Dengan segala keyakinan dan dedikasi
Mudah-mudahan....
Nasib malang kami dapat diatasi

No comments:

Post a Comment

Free HTML Blog 4u